Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 19 Januari 2012

Blogger Sharpshooter tak laripun : Utusan buat berita palsu

Kerana tidak berpuashati dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia kononnya beliau lari dari menerima surat saman, Blogger Shardshooter datang sendiri ke pejabat peguam.

Sharpshooter atau nama sebenarnya, Amizuddin Amat dilaporkan datang sendiri ke pajabat peguam Datuk Seri Rais Yatim iaitu Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah di Kampung Atap untuk mendapatkan dokumen saman itu.

Namun ketika ditemui peguam berkenaan tidak menyerahkan dokumen itu tetapi meminta Amizuddin datang mengambilnya di mahkamah keesokan harinya.

Malay Merdeka: Utusan Malaysia memang wajar untuk dibuat bungkus najis..memualkan dan menjelekan..fitnah durjana..berita palsu!

Menteri ketar lutut takut isytihar harta

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri-malaysia kini

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan."Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.


Beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.


Malay Merdeka:bahaya?...bahaya takut kena cekup...bahaya? merbahaya...  semua rahsia terbongkar macam kak Ijat...
Mirzan anak mahathir....ananda anak krishnan....Syed mokhtar  al bukhari...(bukan saiful bukhari)..tak bahayanya pun...

Sejak pemecatan Hassan, ramai ahli Umno masuk Pas




Gaji pegawai lebih tinggi timbul perasaan tidak puas hati kakitangan awam

Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN).Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar Rm80.000 sebulan berbanding kakitangan awam hanaya menerima kenaikan RM1.70 sebulan membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan pekerja dan pembangkang.

Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.
The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.
Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.
"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.
Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.
Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji.
Segala-galanya harus disemak semula ... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.
Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.
Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada  RM36.9 lima tahun lalu.

Hassan Ali bagai buah buruk, Haron Din akan tangkap parasit - Hj Subkhy Latiff

“Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat. Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun boleh jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa,” kata veteran PAS Subky Abdul Latif  mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti “buah buruk” yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu “dijolok.”
bercakap kepada The Malaysian Insider, Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.
Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat.
Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini berkata Hasan kini sudah bebas menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu “boleh buat apa sahaja yang disukai.”
“Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.
“Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja,” katanya.
Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyentuh mengenai kewujudan “parasit” dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk “tangkap dan masukkan dalam botol” kerana dibarisi ramai tokoh agama.
“Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.
“Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada,” katanya sambil ketawa.
Malay Merdeka: dah lah buruk..busuk pulak tur...