
Khamis, 19 Januari 2012
Hassan Ali bagai buah buruk, Haron Din akan tangkap parasit - Hj Subkhy Latiff
bercakap kepada The Malaysian Insider, Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.
Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat.
Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini berkata Hasan kini sudah bebas menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu “boleh buat apa sahaja yang disukai.”
“Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.
“Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja,” katanya.
Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyentuh mengenai kewujudan “parasit” dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk “tangkap dan masukkan dalam botol” kerana dibarisi ramai tokoh agama.
“Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.
“Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada,” katanya sambil ketawa.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan