Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 15 Julai 2011

Umno parti bodek..menakut-nakutkan rakyat - Dr Asri

NONEPentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”
"Sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain...dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” kata Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri juga mengkritik apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, 
"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh.
“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

Najib dimalukan di UK

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Malah Najib terus menerima tamparan hebat hari ini apabila puluhan penunjuk perasaan turut berpakaian kuning menyambut kehadiran Najib ke United Kingdom hari ini. 
Paling ketara apabila kehadiran Perdana Menteri Malaysia itu tidak disambut dengan hamparan karpet merah sementara, Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia,apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Menteri Pengangkutan, Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam. 
Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” kata bloggers tukar tiub Hishamudin Rais.

Kenapa Polis pukol rakyat?

PM Najib ketika ditemu bual CNN semalam berkata, pihak polis hanya menggunakan kekerasan minimum dalam usaha menyuraikan himpunan Bersih. 

Terdahulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mempertahankan tindakan polis.

"Tindakan polis adalah satu tindakan yang melampaui daripada ramalan yang dijangka, sedangkan rakyat hanya ingin berkumpul, bersuara dan berdendang tentang keinginan dan perasaan mereka tetapi sebaliknya berlaku,"kata  Dr Abu Hassan yang juga Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum)

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwyQB7yUd1lADrdQ8Q-z62FNVleBZqPphj_nGpPdYC5yCr43nx4Jat4EtBVb-AkT_H75Q6CfBfu-HHGCzbb3ZBAXWBQY7i2vr81z6wwNsrWeiM5yd1093vnz2lH1VtGcu0cxOiwTnEO8td/s1600/anwarhospital.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7DU7qxozN9jpu1l68Y14yhJZ64Dxq2ifezZy8nYQY6Ak4G0giWGK-2zAncpNcwZt3KNzv10oQT6HWfLy_rQZkSS0uqVkuvU_S1mub_bmNqV0RI2PSfCxmSSRkFprM_qzrkHwIC1L5XTtZ/s1600/khalid_cedera.png
"Saya yakin Najib tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet," kata Ahli Parlimen Shah Alam yang juga AJK PAS Pusat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHNS_ZxOgQbPVV6i48-GlAeCGLFhCPjjywCrIDM8I60U-2RipvWfTpc4NNAEqFCngTds8Qf5zl3MuvpgdZoamUBqFw91dGVWCLtDGNRrJ6rKPIBbyIQAi4lu18yhL4kfOAMZ2Khwn_bIOY/s1600/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpgNONE
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal"
institusi agama digunakan... apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan 
untuk memburukkan orang lain.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengumumkan akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinX4tVQrP1kBD0g6R1B8Fw1e81sVD-FHXUcuSJNvEAnizFLrprx0jbzvFZhrXjm8E8hsSqlocxNzSkgf_Fd54QPlsxNfYLfoc-pUWm0GtB2QWCj8sRYPEL43LXs35_j_z7YiA2VmVQctcZ/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
Para doktor yang menyaksikan tindakan keganasan  pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut.





Kegagalan Pemerintahan BN: Minyak Esso bakal tutup kedai


"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soal Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara katanya lagi.
Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal," tambah Azan.
"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno , Utusan Malaysia edisi rabu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.
Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.
Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Semakin banyak kepincangan dan penipuan SPR dibongkar

Ada 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri Perak.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.Pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.
Senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.NONE
Perkara tersebut didedahkan oleh ahli Parlimen  Gopeng Lee Boon Chye (gambar) pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.
Sebuah blog milosuam.blogspot.com pula membongkar penipuan SPR terdapatnya sebuah rumah yang terletak di alamat Nombor 26 JLN 14/20 Jalan Semangat, Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan dikesan melalui sistem daftar pengundi SPR sebagai memiliki 16 pengundi berdaftar pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu.

Berikut nombor-nombor kad pengenalan mereka:

730211065002, 730422085898, 730814105544, 631109107583, 610117106334, 620112085721, 620130045002, 571211105005, 580715106401, 590409086042, 470930105244, 471225055151, 480510075172, 390407085023, 410908085211, 430416105130.

Maklumat ini boleh disahkan dengan cara menyemak semua nombor-nombor kad pengenalan tertera di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [Daftar Pemilih].