Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 15 Julai 2011

Semakin banyak kepincangan dan penipuan SPR dibongkar

Ada 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri Perak.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.Pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.
Senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.NONE
Perkara tersebut didedahkan oleh ahli Parlimen  Gopeng Lee Boon Chye (gambar) pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.
Sebuah blog milosuam.blogspot.com pula membongkar penipuan SPR terdapatnya sebuah rumah yang terletak di alamat Nombor 26 JLN 14/20 Jalan Semangat, Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan dikesan melalui sistem daftar pengundi SPR sebagai memiliki 16 pengundi berdaftar pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu.

Berikut nombor-nombor kad pengenalan mereka:

730211065002, 730422085898, 730814105544, 631109107583, 610117106334, 620112085721, 620130045002, 571211105005, 580715106401, 590409086042, 470930105244, 471225055151, 480510075172, 390407085023, 410908085211, 430416105130.

Maklumat ini boleh disahkan dengan cara menyemak semua nombor-nombor kad pengenalan tertera di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [Daftar Pemilih].











Tiada ulasan:

Catat Ulasan