
Paling ketara apabila kehadiran Perdana Menteri Malaysia itu tidak disambut dengan hamparan karpet merah sementara, Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia,apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Menteri Pengangkutan, Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam.
Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” kata bloggers tukar tiub Hishamudin Rais.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan