Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 18 Februari 2013

Azan Ismail menang, mahkamah putuskan Utusan fitnah Azan

Utusan Malaysia menang dalm ketegori pemfitnah terbaik mutakhir ini. Terbaru mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada MP Indera Mahkota Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak jawatan daripada kesemua jawatan dalam PKR dan meninggalkan parti tersebut.
NONEKedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut.

Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.

"Mahkamah memerintahkan akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dan menyiarkan semula tulisan yang diperbetulkan, kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Azan diwakili peguam A Vasudevan manakala TKB Mohana Kumar mewakili akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Azan berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.