Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 22 Mac 2014

dato seri haji mohd najib

najib2-M
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini semalam.


Khalid Samad dakwa BN guna agama tipu rakyat

Oleh SM Amin

KAJANG, 22 MAC

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO telah mempergunakan agama bagi menutup kezaliman dan rasuah dalam pemerintahan mereka.
Kata Khalid, sekiranya UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Islam, parti itu seharusnya menjadikan pentadbiran Rasulullah sebagai contoh teladan dalam mentadbir negara.
“UMNO Barisan Nasional tiba-tiba hendak jadi pejuang agama pula. Saya hendak beritahu, hendak selawat pada Rasullah memang ianya digalakkan, memang baik.
“Tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih pada Rasulullah tetapi pada masa yang sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.
“Kalau sayangkan Rasullah, ikut cara pemerintahan baginda tegakkan keadilan. Jangan guna agama untuk menipu rakyat,” katanya ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas Program Selawat Perdana 1435H – Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Putrajaya yang diadakan pada waktu yang sama ketika beliau berucap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu.
Bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan’, program yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen TV1 dan TV Al-Hijrah itu turut dihadiri oleh oleh dua orang pendakwah agama terkenal dari Indonesia iaitu Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidi-trp


Jumaat, 21 Mac 2014

WAN AZIZAH (PKR) BAKAL MENANG BESAR PRK KAJANG


Copy of dr-wan-azizah


SATU TINJAUAN RAMBANG DI DUN KAJANG
82 % BERSETUJU MENGUNDI DAN MENYOKONG dATO' SERI WAN AZIZAH.

Khamis, 20 Mac 2014

Janji Muhyidin Yassin BR1m RM1000

  •  TPM: Jangan percaya foto Wan Azizah berdoa Aidila Razak | 8:44PM Mar 19
    Timbalan Pengerusi BN Muhyidin Yassin  berkata pengundi tidak akan menyesal jika memilih Chew. 
  • Komen: Jangan percaya doa? habis nak percaya tok cha?
  • -komen= Tipu tak boleh pakai
  • Pagoh,15/2/2013-  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 yang akan diteruskan kerajaan mungkin dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 untuk setiap keluarga yang layak.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri sudah memberi jaminan BR1M akan diteruskan dengan syarat Barisan Nasional (BN) diberi mandat besar mentadbir negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
  • SLIM RIVER  feb 12 2013– Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang menaikkan jumlah RM500 kepada RM1,000 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat yang berkelayakan kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya,” katanya seperti yang dipetik dalam dua akhbar Cina, China Press dan Sin Chew Jit Poh pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), malam kelmarin.

  • Komen= boleh pakai ke cakap Muhyiddin ni?....

Rabu, 19 Mac 2014

AWAS MH370


MH370: Media antarabangsa pun bohong belaka, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bagi media asing apa yang dilakukan oleh Malaysia bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 serba tidak kena. Katanya, semua pihak seharusnya tidak membuat spekulasi.

mh 370

kenapa dr mahathir sepi?????
aku tunggu- tunggu komen dr mahathir tentang isu MH 370...
biasanya dia paling sensitiv hal isu besar seperti ini....

Ezam M.Noor bakal sungkurkan Wan Jijah di Kajang dan Bongkar rahsia dari kotak : Ezam dapat lebih 15ribu dari PM

Ayam singgit..kangkung seposen....ini kedai bapak aku
Perlantikan Ezam, , akan merancakkan lagi program-program transformasi ekonomi dan kerajaan bagi menghadapi tahun-tahun mendatang yang dipercayai lebih mencabar dan kritikal. Ini sekaligus akan menjadikan ekonomi lebih berkembang dan dapat mengurangkan hutang negara yang sudah mencecah 54 peratus daripada KDNK ketika ini.
 
perlantikan Ezam ini memberikan pelbagai guna dan manfaat kepada UMNO dan negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kualiti dan kelebihan beliau hanya dapat dibaca dan difahami oleh Najib sahaja.
Najib Razak sebenarnya telah membuat perkiraan yang tepat dengan melantik Ezam hanya beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac in
Wan Azizah nampaknya tiada harapan lagi untuk menang di Kajang dan sekiranya Ezam turut berkempen bersama jawatan barunya itu, peralihan undi akan berlaku dengan lebih ketara lagi.
Ezam akan membuatkan seluruh jentera PKR patah semangat kerana.........Ezam juga mempunyai lebih banyak kotak kotak kotak mengenai pemimpin PKR pula.
Kemenangan calon BN BN daripada MCA, Chew Mei Fun nanti bukan kerana kerja keras Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang setiap hari turun padang, bukan juga kerana kehebatan program penerangan dan pelbagai teori oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan bukan pula kerana penerimaan pengundi terhadap kepimpinan Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor tetapi semuanya adalah kerana kebijaksanaan Najib dalam melantik Ezam itu.-Rakyat marhaen


AWAS KO
penjawat awam sila tutup mulut jangan mandai- mandai
Menurut laporan Bernama, penjawat awam diarahkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat tentang Mh370.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, arahan sudah dikeluarkan pihaknya terhadap kira-kira 1.4 penjawat awam supaya mereka tidak terlibat dalam sebarang penyebaran atau spekulasi berhubung penerbangan MH370.
“Terdapat banyak pihak, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang telah berulang kali memaklumkan mengenai perkara ini.”
“Jadi, saya mahu penjawat awam menjadi benteng pertahanan negara dengan tidak menjadi gunting dalam lipatan.”

Selasa, 18 Mac 2014

Pengkhianat berbangsa melayu yang berjaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Mohamad Ezam dilantik sebagai Pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

"Tugas utama beliau ialah membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya.

Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa.

Komen aku: Woit..ijam bila nak ada pangkal datuk..penyanyi bekas penagih pu n ada title datok...lu bacul beb!

MH 370 ada harapan

There is still hope for MH370, since there was no distress call, ransom, or any group claiming responsibility. -DS Hishammuddin Tun Hussein
Gambar: Inilah rupa kokpit Pesawat MH370 Milik MAS .
Inilah rupa kokpit Pesawat MH370 Milik MAS .
Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. 
“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu. 

NEGARA KITA DIGELAR NEGARA PENIPU OLEH AKHBAR TERKEMUKA HONG KONG?????












Bukan sahaja negara kita mendapat 
malu besar dengan 
gelagat ritual buah kelapa muda,
 permaidani ajaib terbang,
 teropong buluh dan bubu oleh individu yang menggelar 
dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP tapi 
paling malang dan memalukan sekali ialah apabila 
akhbar luar negara, akhbar Hong Kong memberi nama 
negara kita dari Ma Laii Sia kepada Ma Lie Sia .. 
"LIE" maksudnya menipu atau berbohong.
Sampai begitu sekali negara kita di pandang
 hina dan jijik semata-samata cara pimpinan negara 
yang dilihat amat gagal dalam mengurus krisis 
sebesar kehilangan pesawat MH370..

MH370 YANG HILANG ... CNN GREDKAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA SEBAGAI YANG PALING TERUK DAN BURUK PERNAH 



DITEMURAMAH DALAM SEJARAH

Ahad, 16 Mac 2014

Apa saja pasti Anwar Ibrahim terbabit: Kapten Pesawat MH370 Seorang 'Aktivis Politik',penyokong kuat Anwar Lapor The Mail

the mailThe Mail pada Ahad difahamkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber polis mengesahkan kepada akhbar harian itu bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.
simulator 600
 Simulator penerbangan buatan di rumah Kapten Zaharie

Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa.238 penumpang dan anak kapal.




Polis pada Sabtu melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di pinggir bandar Shah Alam dekat Kuala Lumpur, di mana beliau telah memasang satu simulator penerbangan buatan.
Tetapi akhbar harian ini boleh mendedahkan bahawa penyiasat telah menghabiskan masa pada minggu lepas bagi memeriksa dua komputer riba yang dikeluarkan dari rumah Zaharie ini. Satu daripadanya dipercayai mengandungi data dari simulator.-ms

Komen:laporan ini memualkan...seperti sudah dijangka namun berat memperkatakan...Anwar Ibrahim pasti akan dikaitkan...apakah semuanya terungkai selepas PRU Kajang? Imbas dahulu semasa kes Lahad Datu..Anwar juga cuba dikaitkan...masyaAllah...

Jumaat, 14 Mac 2014

Rakyat diperbodoh: mana ada ayam harga RM1?

Bodoh ...rakyat malaysia jadi bodoh...lepas kangkong ayam pulak..
logik ke? mana ada ayam dijual harga seringgit?semua rakyat tahu ayam yang dijual pada harga pasaran biasa tiada satu pun yang dijual dengan harga RM1.
 Najib pada Isnin lalu menasihatkan orang ramai supaya membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas mendakwa telah berjaya membeli seekor ayam berharga RM1.

Najib ayam

Mana ada harga ayam RM1 seekor, kata peniaga kepada Wan Azizah

ayamKAJANG 13 MAC: Tiada ayam yang dijual RM1 seekor sepertimana yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata calon KEADILAN N25 Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menyatakan perkara itu berdasarkan pemerhatiannya di Pasar Kajang pada sesi bertemu peniaga jam 8 pagi tadi.
Wan Azizah turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.
“Saya tanya peniaga ayam, ayam seringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40,” jelasnya kepada pemberita.

Sabtu, 8 Mac 2014

Anwar Ibrahim....Anwar Ibrahim ....Anwar Ibrahim..

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Kenyataan Akhbar: Keputusan Rayuan Liwat II : UMNO Barisan Nasional Balas Dendam Terhadap Anwar Ibrahim
6 Mac 2014 
Negara sedang berdukacita dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang petang tadi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap fitnah Liwat II, yang mensabitkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada tahun 2012.  

Keputusan ini hadir kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang yang sepatutnya menjadikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Jelas UMNO Barisan Nasional Berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.

AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini, kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat. Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat serta seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini.

AMK Selangor menyifatkan keputusan ini sebagai cetusan baru untuk anak muda bangkit dan melawan kerakusan UMNO Barisan Nasional yang terpaksa bergantung kepada fitnah untuk mengekalkan kuasa yang semakin longgar. Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini.

UMNO Barisan Nasional Jangan Rasa Selesa

UMNO Barisan Nasional tidak perlu berasa selesa dengan perkembangan terbaru ini. Keputusan penghakiman ini pasti akan mendapat kritikan antarabangsa dan merendahkan martabat Malaysia di mata dunia. UMNO Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat.

Jentera AMK Selangor sedang digerakkan ke seluruh pelusuk negeri untuk menyedarkan bahawa kebebasan sedang berada pada satu tahap yang cukup tenat. Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari UMNO Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia