Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 27 Mac 2012

Azmin: Hassan Ali ejen fitnah kotor dan keji

Azmin AliTimbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

Exco Selangor bengang keceluparan Hassan Ali buat fitnah lagi..

Hassan Ali memang munafik..penjual agama..bodoh sombong..mulut macam cibai...
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar)kesal dengan dakwaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mengenai pengubahsuaian pejabatnya.

Jelasnya, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpangi semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Ini (Hassan Ali) mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.