Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.
"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.
"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.