Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 12 Januari 2013

Pak Lah beri komen HKR112 macam orang kampong

 Perdana Menteri Malaysia yang sangat tidak digemari rakyat dan partinya sendiri hari ini memberikan komen yang sangat melucukan. Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi dilihat seperti orang tua kampong yang tidak pernah pergi sekolah apabila memberikan komen tentang kebangkitan rakyat dei perhimpunan yang menghimpunkan hampir 500ribu orang di Stadium Merdeka hari ini.

Mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada Sabtu, bekas perdana menteri itu berkata tidak semua orang berminat untuk menyokong langkah itu dan pembangkang tidak harus menggalakkan orang ramai untuk menyertai.
"Mereka (pembangkang) telah melakukan perhimpunan seperti ini terlalu banyak kali dan setiap kali, mereka tidak perlu untuk melakukan ini lagi. Ia hanya membawa kesan negatif
Abdullah berkata pembangkang boleh menggunakan medium lain untuk menyuarakan tuntutan mereka, termasuk dengan menyerahkan memorandum kepada kerajaan.
Jika ia adalah benar-benar perlu bagi mereka untuk mengadakan perhimpunan, mereka perlu melakukannya di lokasi yang diluluskan dan memastikan bahawa perhimpunan itu adalah aman, katanya.
Di KELANTAN, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan perhimpunan itu sebagai satu pendekatan yang berisiko yang boleh mencemarkan imej negara di mata dunia, selain merosakkan iklim ekonomi masa depan.
Jelas ulasan dari bekas menteri dan menteri umno itu membayangkan ketakutan amat sangat kerajaan Umno dan barisan nasional yang sudah kelihatan sengat mahu ditumbangkan rakyat pada pilihanraya nanti

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG LIVE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112

KUALA LUMPUR 12 JAN : Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak...

ikuti siaran langsung disini

12 tghari KL -HKR KL112



gambar atas dalam stadium sekarang

 

Deepak tersepit

"Saya memohon kepada bakal Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang negara yang akan datang untuk tidak mengambil tindakan ke atas saya ekoran pendedahan yang saya buat.

"Jika ini boleh diberikan, saya sedia untuk membuat pendedahan sepenuhnya dan bersama-sama dengan perhimpunan rakyat esok," kata Deepak dalam satu wawancara  dengan Harakahdaily hari ini

Deepak sedikit terganggu dengan beberapa kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seolah-olah mahu tindakan diambil ke atas beliau bukannya ke atas pendedahan yang beliau buat.

"Saya adalah whistle blowwer macam Rafizi. Saya mahukan perlindungan jika mahu meneruskan pendedahan ini," kata beliau yang mempunyai pelbagai jenis penyelewengan kerajaan yang ada.

 Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini berjanji akan mendedah semua salahlaku yang dibuat pemimpin negara ini jika diberikan jaminan oleh Pakatan Rakyat tidak akan diambil tindakan ke atasnya.


Deepak mendedahkan pelbagai ugutan dan amaran yang beliau terima sejak pendedahan yang beliau buat mengenai keluarga Perdana Menteri.
Antaranya dari syarikat guaman adik Perdana Menteri yang bertindak bagi sebuah bank, mahu menutup syarikatnya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menghantar surat siasatan cukai pendapatan yang kononnya beliau tidak membayarnya.

KL112 mulai hangat dengan 72 penceramah dipentas Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat


Sama ada dari kalangan pemimpin politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka senada menyeru rakyat membuat perubahan untuk menukar tampuk pemerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Sejarah tercatat pada malam tadi apabila 74 penceramah daripada pelbagai latar belakang berucap di Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.