Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 3 Februari 2011

cahaya misteri di atas Kubah Emas Al-Aqsa Baitulmuqaddis





BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.
Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.
Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.
Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.
Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.
Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.
Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.
Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.
Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi


RAIS YATIM AKUR NIK AZIZ HEBAT


Rais berkata, apa yang berlaku terhadap orang Melayu hari ini kebanyakannya berpunca daripada salah tafsiran mengenai agama dan perjuangan mereka.-


Beliau berkata, golongan ulama dalam Umno juga tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini.
"Umno kita mempunyai cukup ramai alim ulama, lepasan Universiti Al-Azhar, imam, kadi dan lain-lain. Ulama dan intelektual Islam di luar Umno dan parti politik juga bebas memberi pendapat dan pandangan," katanya.


 "Keadaan seperti ini tidak harus berlaku. Tetapi berapa ramai yang berani menyanggah Datuk Nik Aziz?," soalnya.
Tidak ramai yang mahu menyanggah beliau tetapi ramai pula yang sanggup menyokong kenyataan Nik Aziz  dan ini memburukkan lagi keadaan, katanya


Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa realiti perpecahan bangsa Melayu pada hari ini hanya disebabkan kerana perbezaan politik mereka..BERNAMA

ADUN SRI MUDA SUHAIMI SHAFIE DITUDUH BAWAH AKTA HASUTAN


Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie (berbaju biru), akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, pada Isnin, 7 Februari depan. 
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Shuhaimi memaklumkan, beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan.
“Saya hanya ditahan selama 10 minit sahaja dan saya akan hadir ke mahkamah,” katanya kepada media di perkarangan balai polis IPD Shah Alam.
Shuhaimi berkata, beliau hanya dimaklum untuk hadir ke balai melalui panggilan telefon kira-kira jam 7 petang semalam.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan dengan jaminan lisan oleh Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa), Abdul Razak Ismail.
Turut hadir memberi sokongan adalah Exco  Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan kira-kira 30 orang penyokong.

perkosa: menteri tidak akan diadili




Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

       Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.
                        

Ibubapa Pelajar Malaysia Di Mesir Kecewa Sikap Wisma Putra

Keadaan Koordinasi Wisma Putra yang agak haru-biru menyebabkan ibu bapa pelajar di situ seolah-olah meletak kepercayaan kepada NGO dan bukannya kementerian luar negeri.

Pertanyaan bertubi-tubi dari ibu bapa mengenai masalah pelajar yang masih tidak dapat dihubungi oleh Kedutaan walaupun selepas lebih seminggu konflik berlaku menyebabkan insiatif diambil alih oleh NGO dan ibu bapa sendiri.
Wakil Persatuan Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Farhan Mazlan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saifullah Zulkifli dan Dr Siddiq Musa diangkat menjadi wakil ibu bapa pelajar Mesir ini setelah kebanyakan ibu bapa tidak lagi memperdulikan penerangan daripada Richard, Radzi dan Mohd Nor.
Menurut Saifullah kepada wartawan TV Selangor, beliau akan membantu Wisma Putera dalam menyalurkan maklumat penempatan pelajar yang rata-ratanya tinggal berjauhan mengikut kumpulan masing-masing.
Saifullah dan Farhan telahpun berjaya mengumpulkan maklumat dan menghubungi ratusan pelajar sejak beberapa hari lalu.
Malah Ilmam turut telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk mebuka bilik Operasi sendiri.
Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut hari ini dengan talian  03-55143520/3534/3538/3539/3576. 
Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.
Sementara itu, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul iskandar Md Akin yang turut bersama ibubapa pelajar, beliau kesal kelewatan ini tetapi berharap pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir dapat diselamatkan.
"Ini perkara yang cukup dikesali, dan bukannya kami mahu politikan isu ini tetapi ianya merupakan satu krisis kerana rakan kita, rakyat malaysia dan pelajar disana memerlukan bantuan sedangkan kita berhadapan dengan tindakan kerajaan yang begitu lembap untuk selesaikan masalah ini sebab itu tujuan kita berkumpul ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan memberi input kepada ibu bapa pelajar," katanya[tvs]