Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 3 Februari 2011

Ibubapa Pelajar Malaysia Di Mesir Kecewa Sikap Wisma Putra

Keadaan Koordinasi Wisma Putra yang agak haru-biru menyebabkan ibu bapa pelajar di situ seolah-olah meletak kepercayaan kepada NGO dan bukannya kementerian luar negeri.

Pertanyaan bertubi-tubi dari ibu bapa mengenai masalah pelajar yang masih tidak dapat dihubungi oleh Kedutaan walaupun selepas lebih seminggu konflik berlaku menyebabkan insiatif diambil alih oleh NGO dan ibu bapa sendiri.
Wakil Persatuan Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Farhan Mazlan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saifullah Zulkifli dan Dr Siddiq Musa diangkat menjadi wakil ibu bapa pelajar Mesir ini setelah kebanyakan ibu bapa tidak lagi memperdulikan penerangan daripada Richard, Radzi dan Mohd Nor.
Menurut Saifullah kepada wartawan TV Selangor, beliau akan membantu Wisma Putera dalam menyalurkan maklumat penempatan pelajar yang rata-ratanya tinggal berjauhan mengikut kumpulan masing-masing.
Saifullah dan Farhan telahpun berjaya mengumpulkan maklumat dan menghubungi ratusan pelajar sejak beberapa hari lalu.
Malah Ilmam turut telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk mebuka bilik Operasi sendiri.
Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut hari ini dengan talian  03-55143520/3534/3538/3539/3576. 
Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.
Sementara itu, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul iskandar Md Akin yang turut bersama ibubapa pelajar, beliau kesal kelewatan ini tetapi berharap pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir dapat diselamatkan.
"Ini perkara yang cukup dikesali, dan bukannya kami mahu politikan isu ini tetapi ianya merupakan satu krisis kerana rakan kita, rakyat malaysia dan pelajar disana memerlukan bantuan sedangkan kita berhadapan dengan tindakan kerajaan yang begitu lembap untuk selesaikan masalah ini sebab itu tujuan kita berkumpul ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan memberi input kepada ibu bapa pelajar," katanya[tvs]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan