Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 6 Oktober 2011

cincin rosmah terus hantui najib

Cincin RM72 juta sudah pulang?
Subky Latif  




ADAPUN cincin ajaib yang diposkan kepada  isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipulangkan kepada yang mengirim.
Berita yang  dibongkar oleh Cikgu Bard, seorang pemimpin ternama PKR betapa adanya cincin yang semahal sekitar RM72 juta dihantar kepada Rosmah secara pos dan terpaksa melalui pemeriksaan kastam itu adalah benar apabila Menteri Nazri Aziz mengesahkannya dalam Parlimen.
Menteri Nazri dalam jawapannya kepada  soalan mengenainya di Parlimen memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat pemunyanya.
Apabila ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah  dibawa masuk ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.
Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui.
Berita  rasmi mengenai cincin ini hanya yang disahkan oleh menteri Nazri di Parlimen. Penjelasan menteri di Parlimen diterima sah. Anggota Parlimen tidak boleh membuat kenyataan palsu di Parlimen. Jika dibuktikan anggota Parlimen membuat kenyataan palsu di  Parlimen, maka hilang kelayakannya sebagai anggota Parlimen.
Berita ia  sudah dikembalikan itu boleh diterima. Tetapi penapian Rosmah betapa cincin itu dihantar kepadanya sebagai fitnah tidak dipercayai. Orang percaya cincin itu telah dihantar kepadanya dan telah diterimanya.
Jika diadakan penyiasatan telus di Jabatan  Kastam, nescaya orang dapat tahu bagaimana cincin itu sampai ke Jabatan Kastam dan cara mana kastam mengendalikannya? Kastam juga tentu dapat menceritakan ke mana cincin itu dihantar selepas diperiksa kastam?
Yang menjadi misteri sekarang ialah bagaimana cincin itu boleh dihantar ke Malaysia dan kepada orang yang dikirim di alamatnya?
Adakah syarikat yang mengirimnya sekadar untuk menunjuknya saja kepada Rosmah?
Adalah tidak munsabah cincin yang semahal itu boleh dihantar begitu saja kalau tiada persetujuan atau permintaan dari orang yang dihantar?
Kalau atas tujuan untuk dipertontonkan kepada orang Malaysia dan kemudian dipulangkan balik, mengapa  tidak dihantar kepada Raja Permaisuri Agong yang kedudukan baginda adalah lebih tinggi dari isteri Perdana Menteri?
Rosmah memang terkenal sebagai seorang yang lincah dan diketahui pula suka bermewah serta gemar kepada benda-benda yang mewah.
Jika cincin itu untuk tujuan pamiran, tiada berita tentang pamiran barang mewah termasuk  cincin itu. Adalah mustahil pamiran diadakan sekadar untuk menunjukkan sebentuk cincin itu saja.
Kalau untuk dipamir, tentulah tuan punya cincin itu sendiri datang kerana dia akan dapat menjawab semua pertanyaan para peminat tentang cincin itu. Adalah mustahil cincin itu dipamirkan tanpa kehadiran tuan punya bagi menjamin keselamatan cincin itu.
Agak ajaib jika cincin itu sekadar dipinjamkan kerana ia bukan benda yang murah. Apa jaminan jika cincin itu hilang?
Tiada jawapan yang dapat diterima bagi tuan punya melepaskannya kepada orang lain selain dari dijual.
Orang seperti Rosmah dipercayai tidak akan melepasnya apabila ia sudah di  tangannya. Sedaya upayanya dia akan menjadikannya hak miliknya. Setinggi mana pun harganya tidaklah penting sangat tetapi dia ada cara untuk menyelesaikannya dan dia ada cara bagaimana Perdana Menteri Najib dapat membantu mendapatkannya.
Kita tidak menyanggah penjelasan Menteri Nazri ia telah  dikembalikan kerana kita menghormati kata-kata di Parlimen adalah benar dan tiada yang tidak benar.
Tetapi siapa saksi cincin itu telah beredar dari  tangan Rosmah? Apa bukti ia sudah diterima semula oleh tuan punya?
Apa pun perkiraan antara kedua tuan punya dan orang yang menerima cincin adalah urusan dan transaksi kedua mereka.
Negara, kerajaan dan rakyat ada hak untuk mengetahui urusan cincin itu. Kita yakin Rosmah mahu memilikinya. Tuan punya tentu sudah diyakinkan urusan niaganya dan penyerahan cincin itu tidak mendatangkan  risiko.
Tidak cukup duit gaji Najib dikumpul sejak mula jadi menteri hingga sekarang untuk membelinya. Maka Najib mesti menghilangkan keraguan orang tentang  cincin itu supaya tiada wang negara disalahgunakan dan tiada urusan yang  tidak betul melayakkan cincin itu boleh menjadi milik isterinya.
Sukar  orang untuk mempercayai adanya urusan tentang cincin itu boleh dibawa ke sini.
Silap Rosmah ialah mengapa cincin itu tidak dipakai dan dibawa pulang sendiri? Tiada siapa tahu jika ia tidak dipos.

selamat! lepas...inilah malaysiaku...Tiada tindakan untuk polis yang langgar SOP

ipd kl bersih 090711 ku chin wahKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.masked policeman assault 051011
"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Kantoi..Ibrahim Ali tidur terbongkang di Parlimen


patutlah sikatak nie suka merapu dan mengigau...hancurs punya MP!