Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 6 Mei 2010

Kerajaan akan keluarkan lesen pertaruhan Piala Dunia


Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia


2010/05/06

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)." katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. 

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. 


 - Bernama 


Melayu:
Fuyoo...Hasil judi untuk pembangunan sukan
patutlah sukan lembab..

Kereta Ketua polis Selangor kena curi





Kereta Perdana V6 CPO Selangor dicuri

May 06, 2010
SHAH ALAM, 6 Mei — Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi ketika kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu semasa pemandu terbabit sedang menikmati sarapan pagi.
Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. — Bernama.


melayu:
ini mesti kerja orang asing sebab tak kenal kereta siapa.

hero melayu hilang telo

dam dam dum bunyi pistol
bukan mercun
rakyat jelata berduka cita
bukan gumbira
ibubapa gundah gulana
hilang anak yang tercinta

hero-hero melayu dimana?....
ngo-ngo pejuang ketuanan melayu sudah jadi ngok
justice of the kampong sudah jadi justice of mamak
perkasa..sudah tak perkasa..sudah jadi perkasam...
p..waris dah jadi p..warok
kecut? telo kecut?
apapun tara bunyi...budak yang mati bukan melayu?