Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 5 Mac 2010

Lagi-lagi beri muka

Lagi-lagi beri muka kat siloyar buruk ni...
kononnya bertopengkan islam..tapi kuat kelentong...
macamana PKR kendalikan mangkuk ni...
eee..... naik geli dah...

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.
Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.
Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan partiPanel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada  Tuan Syed Kamarulzaman selaku  Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.
Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini,  turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.