Rabu, 1 Mei 2013
pengumuman penting mengenai bapa jubor negara
Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Laporan media menyebut bahawa beliau menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.
Kami ingin menjelaskan di sini bahawa En Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai KEADILAN belum pun diluluskan.
Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.
Perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihanraya. Apa tah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO.
Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO. Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin “penarikan balik” pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini.
Dato’ Johari Abdul,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat,
KEADILAN
Langgan:
Catatan (Atom)