Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 28 Jun 2012

Tindakan pantas SPRM: Rafizi Ramli disiasat malam tadi


Menurut peguam N Surendran, empat pegawai  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam semalam. Menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli itu susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion. siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi semlam 
Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.
Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.
Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. 

Malay Merdeka: Sungguh tangkas SPRM tak payah buat laporan dia dah datang...beginilah kecekapan SPRM.....suruhanjaya..orang suruhan....



Wajib tonton..mesti tonton...harus tonton.. video Mahathir serabut....


Malay Merdeka: Bekas pemimpin yang semakin nyanyok...serabut...dia kata Khalid Ibrahim orang Umno?..waduh! sakit banget ini pak...kenapa tak kata Anwar Ibrahim orang Umno....