Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 10 Februari 2011

MAHATHIR: PERKAUMAN LEBIH TERUK SEKARANG

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat polarisasi perkauman di negara ini kini lebih teruk berbanding ketika zamannya.


Waktu saya, orang ramai tidak bincangkannya, jadi tiada yang panas,” beliau dipetik berkata.

Pendedahan itu dibuat dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', oleh wartawan Amerika, Tom Plate.



Plate kemudian bertanya: "Adakah ketegangan kaum memuncak semula di Malaysia? Maksud anda, polarisasi kini meningkat?”

tom plate thumb"Yeah. Ya. Lebih meningkat," jawab Mahathir.

"Dan, mengapa ini terjadi... kenapa?"

"Ini kerana kita membenarkan orang ramai untuk bersuara. Dan sudah tentu mereka akan bercakap mengenai perkara yang melukakan pihak yang lain.”

"Dan anda tidak membenarkannya?"

"Ketika itu, saya tidak benarkannya. Awak mahu membincangkan perkara seumpama itu, kita lakukan di bilik tertutup, biar pemimpin yang bersuara, kita selesaikannya, itu yang patut dilakukan,” kata Mahathir.



"Apabila awak melihat orang ramai menjadi emosi dalam sebuah negara pelbagai bangsa, awak akan tahu lambat laun juga pergaduhan akan tercetus. Mereka akan saling membunuh satu sama lain dan ini berlaku pada 1969,” katanya.[mk]


nota:
mahathir suka isa....tapi bukan anak samad.
m.ezam dulu tak suka..sekarang suka..
Isa pandai jaga mulut orang....
Isa sekarang dah mulut besar...dah lembik..

IBRAHIM ALI KAWAN BAIK MALLOT?

IBRAHIM ALI DAKWA JOHN MALOTT SAKIT HENTAM NAJIB - minsider


Presiden Perkasa Ibrahim Ali hari ini mendakwa ada rakyat Malaysia “yang sudah hampir mati politik” berada di belakang John Malott sehingga bekas duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu secara berterusan menghentam Najib Razak.

Beliau juga menyifatkan Malott sebagai “sakit” dan perlu dibawa rawatan di pusat psikiatri.

“John Malott seorang lelaki yang sakit dan perlu dibawa ke pusat psikiatri, saya bagi alasan dasar Najib walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak gembira tapi kita sokong.



nota:
Kehebatan Ibrahim Ali kerana bodeknya..tiada lain daripada itu...
Apabila sibraghim arif akan pusat psikiatri dan mencadang malot kesitu..
saolah beliau alumni pusat tersebut....
Kesiannya beraghim masih memanggil hujan yang tak kunjung tiba...
kemarau hampir menjelma..
daun keladi apa akan lindungi nya..
PRU nanti nak payung parti apa....

ISA SAMAD KATA LANTAKLAH PEDULI APA

SAYA TIDAK HIRAUKAN KRITIKAN : ISA SAMAD- berita hairan

Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).


"Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah


nota:
teringat melayu akan cerita dalam tv hitam putih dulu-dulu...
'fantasi island' sikatek akan berteriak...tut..tu..tut..tu..tut..tu setiap kali kemunculannya..
sikatek ini akan mengaku dia sentiasa hebat..
sikatek akan sentiasa dikelilingi dan diiringi wanita-wanita cantik seksi berbogel berpakaian hawai
sikatek akan sentiasa membodek..sipanjang...
rupanya felda dah nak jadi macam 'fantasi island'

SPR LEBIH SUDU DARI SENDUK

Subky Latif menulis

Lebih 20 tahun lalu saya tertanya-tanya mengapa seorang Yang Berhormat yang hendak meninggalkan negara baik untuk mengerjakan haji atau apa-apa tua tujuan menulis surat kepada Speaker memaklumkan pemergiannya dan minta cuti?

Mengapa? Dan apa perlunya?
Rupanya dibimbangi ketiadaan mereka di dalam negeri mereka tidak hadir tanpa memaklumkan kepada Speaker dan sementara menunggu sidang yang selepas itu mereka didapati tempoh tiada hadir sidang melewati masa yang dibenarkan.
Mengikuti peraturan Dewan apabila Yang Berhormat tidak hadir sidang melebihi tempoh enam bulan tanpa pengetahun dan kebenaran Speaker maka gugur keahliannya seperti yang terjadi kepada ADUN Pelabuhan Kelang sekarang dan ADUN Kota Siputeh, Kedah yang kesnya masih tergantung itu.
Speaker Selangor mendapati rekod ADUN Pelabuhan Kelang tidak menghadiri siding lebih dari enam bulan tanpa memaklumkan kepada pejabat Speaker, maka Speaker pun dengan kuasa yang ada padanya menggugur keanggotaan ADUNnya. Demikian juga ADUN Kota Siputeh tidak memaklumkan kepada Speaker Kedah mengapa dia tidak menghadiri sidang bagi tempoh tertentu?
Speaker Selangorpun memaklumkan kepada SPR seperti yang dibuat oleh Speaker Kedah dulu, akan kekosongan kerusi DUN berkenaan dan minta SPR mengadakan pilihan raya kecil.
Yang menjadi tanda tanya sekarang adakah SPR akan mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang dalam masa 60 hari selepas Speaker mengistiharkan DUN itu kosong?
Mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Selangor DUN itu sah kosong apabila Speaker mengisytiharkannya kosong dan SPR mesti mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari.
Logiknya Pelabuhan Kelang akan menghadapi PRK sebelum MAC ini. Tetapi mengikut apa yang terjadi di Kedah, SPR menerima perintah Speaker Kedah itu dan berlanjutlah ia ke mahkamah. Mahkamah pula ada peruntukan rayuan dan rayuan atas rayuan, maka sudah lebih setahun belum ada keputusan muktamat mahkamah.
Hal itu sudah tergantung sekian lama. Pengundi di Siputeh tidak tahu adakah mereka ada ADUN atau tidak. ADUN yang dilucutkan itu pun tidak tahu dia masih ADUN atau tidak? Speaker pun tidak  tahu penggugguran yang dibuatnya laku atatu tidak?
Kalau kosong katakan kosong dan kalau tidak katakan tidak. Plihan raya kecil sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari ia diumumkan kosong. Mahkamah tidak pula memerhatikan peraturan itu, tidak menyegerakan membuat keputusan mengikut tempoh yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Kes itu tergantung seperti lain-lain yang tidak disebutkan tempoh ia perlu diselesaikan.
Apakah SPR akan bertindak seperti yang di Kedah itu juga?
Sepatutnya SPR mesti membuat persiapan segera bagi mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang. Itulah kerjanya. Apabila Speaker memaklum ada kerusi kosong, maka SPR mengambil tindakan segera sebagaimana menghadapi kekosong berikut kematian ADUN at au Anggota Dewan Rakyat.
Kalau keputusan Speaker itu dirasakan tidak tepat, bukan SPR yang mempersoalnya, tetapi biar ADUN yang dilucutkan itu yang bertindak membawanya ke mahkamah seperti yang dibuat oleh bekas ADUN Pelabuhan Kelang sekarang.
Bukan SPR yang mengadu kepada mahkamah tetapi SPR menumpukan kerja bagi mengisi DUN yang Speaker kata kosong itu. SPR menentukan tarikh PRK dan mahkamah pula sewajarnya menyegerakan keputusannya supaya pilihan raya kecil itu dapat diadakan mengikut yang dijadualkan.
Dalam hal ini kuasa Speaker adalah besar.Perdana Menteri atau Menteri Besar tidak boleh campur urusan Speaker. Demikian juga SPR, ia tidak diberi kuasa untuk mentakwil kuasa Speaker. Tanggongjawab SPR ialah menerima arahan Speaker dan membuat persiapan pilihan raya.
Kalau Speaker lebih berkuasa dari Perdana Menteri dan Menteri Besar, sudah tentu SPR juga boleh campur tangan dengan keputusan Speaker.
Apabila SPR mentakwil keputusan Speaker seperti yang berlaku di Kedah dan di Perak dulu, maka SPR telah menjadikan diri lebih sudu dari senduk. Sudu tetap menjadi sudu dan tidak boleh jadi senduk. Kalau sudu jadi senduk, senduk tetap tidak boleh jadi sudu.
SPR sekarang sudah dilihat menyebok. Ia membuat apa yang ia tidak patut buat. Tindakannya mempertikai keputusan Speaker Perak dan Speaker Kedah telah menyebabkan berlaku huruhara di Perak.
Jika SPR menerima arahan Speaker Perak tentang kekosongan tiga DUN berikut ADUNnya yang melompat, maka ia tentu tidak menyeret Istana dalam krisis politik dan perlembagaan di negeri itu. Istana tidak akan terlibat untuk menyelesaikan krisis itu juka  ia dapat diselesaikan di peringkat bawah.
Apabila istana pula terpaksa terlibat bagi menyelesaikan perkara yang tidak diselesai oleh SPR, maka ia mencemarkan istana dengan berbagai persoalan. Elok istana tidak pernah berdepan dengan tunjuk perasaan, maka istana telah dicemari oleh tunjuk perasaan rakyat.
Banyak sejarah tercatit di Perak yang tidak berlaku di tempat lain berikut dengan kerenah SPR hendak menunjukkan ia sama besar dengan Speaker. Tidak pernah sidang DUN di negara ini dikawal ketat oleh polis, maka polis telah berperanan dalam sidang. Biasanya polis tidak pernah dibawa ke perkarangan sidang, tetapi ia berlaku di Perak.
Semuanya gara-gara SPR jadi lebih sudu dari senduk.
Jangan berulang pula di Pelabuhan Kelang SPR mempertikai juga keputusan Speaker. Kalau sudah sudu jadilah seperti sudu. Biarlah senduk jadi senduk. Sebelum Mac 2011 berakhir hendaknya selesai pilihan raya kecil Pelabuhan Kelang.
Jangan jadikan PRU 13 sebagai penyelesaian semua masalah, kerana Selangor adalah bersama negeri di bawah Pakatan Rakyat yang lain tidak mengadakan pilihan raya umum yang serentak jika ia diawalkan.
Pelabuhan Kelang akan jadi krisis berlarutan jika keputusan Speaker itu ditakwil SPR.