Waktu saya, orang ramai tidak bincangkannya, jadi tiada yang panas,” beliau dipetik berkata.
Pendedahan itu dibuat dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', oleh wartawan Amerika, Tom Plate.
Plate kemudian bertanya: "Adakah ketegangan kaum memuncak semula di Malaysia? Maksud anda, polarisasi kini meningkat?”
"Yeah. Ya. Lebih meningkat," jawab Mahathir.
"Dan, mengapa ini terjadi... kenapa?"
"Ini kerana kita membenarkan orang ramai untuk bersuara. Dan sudah tentu mereka akan bercakap mengenai perkara yang melukakan pihak yang lain.”
"Dan anda tidak membenarkannya?"
"Ketika itu, saya tidak benarkannya. Awak mahu membincangkan perkara seumpama itu, kita lakukan di bilik tertutup, biar pemimpin yang bersuara, kita selesaikannya, itu yang patut dilakukan,” kata Mahathir.
"Apabila awak melihat orang ramai menjadi emosi dalam sebuah negara pelbagai bangsa, awak akan tahu lambat laun juga pergaduhan akan tercetus. Mereka akan saling membunuh satu sama lain dan ini berlaku pada 1969,” katanya.[mk]
nota:
mahathir suka isa....tapi bukan anak samad.
m.ezam dulu tak suka..sekarang suka..
Isa pandai jaga mulut orang....
Isa sekarang dah mulut besar...dah lembik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan