Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 15 November 2011

Shahrizat jALIL disondol kawan dan lawan

Rupanya ada dikalangan MP Umno dan beberapa menteri tidak perasan menteri jaga wanita dan budak Shahrizat Jalil telah dianugerah Projek luarbiasa jutaan ringgit dan curahan wang yang sebegitu banyak.
Setelah dihuru-harakan isu tersebut oleh puak pembangkang barulah mereka terjaga. Itu pun setelah terbongkar oleh Audit Negara dan disusuli risikan penyelewengan oleh parti pembangkang. Bukannya SPRM atau polis yang risik.
Alkisah Shahrizat Jalil dah pasing projek lembu kepada suami tercintanya. Tapi kerana sengal dan gelojoh suaminya urustadbir kantoilah projek tersebut. Mulanya orang Umno sendiri tak kisah pasal lembu ni..sebab mereka pun kaki songlap juga..tapi bila duit lembu dibuat kandang dikondo mewah mereka pun dah mula meracau meraban. Sebab tak sangka kesitu perginya..kalau setakat enjin jet buruk F5E hilang buat tak nampak je. Tapi kes shahrizat lembu ni dah menjolok mata..waima rasa jelouspun ada juga.
Malah ini pun kesempatan bagi suku puakUmno yang memang berhasrat nak jatuhkan Shahrizat.
Maka Usia politik Shahrizat macam lembu juga..tiba masa untuk disembelih..terkorban jua.
Shahriuzat berhadapan sondolan rakan dan lawan......

menteri ngantok si menteri sembab

mantan PM Malaysia yang paling letih dan lembik Dollah Badawi berkata menteri Shahrizat lembu tak perlu letak jawatan. Pak Lah ialah Pm yang meluluskan projek tersebut kepada Shahrizat.
Bekas PM ini tiba-tiba mengigau...atau pun masih lena diulit mimpi. Kenapa tak boleh salahkan Shahrizat Pak Lah?...Jawapan Pak Lah kerana Shahrizat bukan CEO NFC.
Aduh memang meletihkan bapak mentua KJ ni..menantu dengan bapak sama!... beri alasan macam orang tak pergi sekolah!Sepatutnya bekas menteri perdana inilah yang bertanggungjawab..kenapa beri projek kepada mangkuk hayun lanun.?
Sementara bakal PM, Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin juga berkata Shahrizat jangan letak jawatan.
Katanya itu bisnes keluarganya. La..pak menteri ni pun kuat gebang juga rupanya..
Kenapa beri projek kepada keluarga Shahrizat? Muhyiddin adalah menteri yang bertanggungjawab sebagai menteri  industri asas tani! ketika projek ini diluluskan kepada kroni Shahrizat.
Kalau orang tak sekolah pun boleh agak kenapa kedua-dua menteri cikai ni kata sedemikian. Sebabnya mereka berdua adalah menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut.
Isu ini adalah sebagai tembakan dari team Najib kepada Muhyidin...jangan lawan towkey!

Semakin ramai melayu jadi munafik di P.Pinang

Kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid sekitar P,Pinang. VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid minggu lalu ketika hendak menunaikan solat jumaat
Ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.NONE
Pengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim (sedang mengadakan hubung seksual)  dengan seorang wanita.
Mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral.

istana negara ditutup secara rasmi


 Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.
Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.
Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.
Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.
Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.