Dara atau janda, mas kahwin tetap RM300
SHAH ALAM - Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di negeri ini perlu membayar mas kahwin sebanyak RM300 mulai tahun depan.Kadar baru itu ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut perkembangan semasa selepas bayaran mas kahwin kekal RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.
Pengarahnya, Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, pelaksanaan kadar baru itu telah mendapat persetujuan Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan