Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 7 Mei 2012

Pengerusi SPR dan timbalannya masih berselindung

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata penjelasan Wan Ahmad yang ghairah menyatakan isu selesai membuktikan beliau begitu cepat melepaskan diri sedangkan isu pokoknya belum lagi dijawab.

Saifuddin mencabar Pengerusi dan Timbalan SPR menafikan mereka bukan ahli Umno dengan memberikan bukti Pengerusi SPR: Abdul Aziz Mohd Yusof, No KP 500124105279, No Keahlian Umno 113804, Kod Cawangan 09920036 (Sri Ampang Baru).
Timbalan: Wan Ahmad Wan Omar, No KP 490101035179, No Keahlian Umno 2374564 Kod Cawangan 02213049 (Kubang Bunggor, Pasir Mas).
Bagaimanapun kedua-dua orang kuat SPR itu mengaku dipetik berkata, “Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat,” kata Abdul Aziz.
Tanpa berlapik, Wan Ahmad pula mengaku, “Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya,” kata beliau dipetik.
Sejurus itu, tampil pula dua individu penyelamat mereka dengan membuktikan bahawa dakwaan Saifuddin itu merujuk kepada mereka iaitu Wan Ahmad Wan Omar merupakan peniaga kedai makan manakala Abdul Aziz Mohd Yusof pula pemandu di bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Mereka mesti tampil memberi penjelasan, kerana kedua-duanya tidak pernah menafikan bahawa mereka bukan ahli Umno,” tegas Saifuddin.
Malay Merdeka: penyelesaiannya ialah pengerusi dan timbalannya kenalah letak jawatan sebab rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka walau apa pun tipu muslihatnya sebagaimana mereka kona kiri kanan mengendalikan SPR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan