Khamis, 5 Januari 2012
Menteri Agama Jamil Khir perbodohkan ketua audit Negara
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengesahkan Jamil bersama dua individu lain mengguna wang zakat bagi menghalang Kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah syariah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan wang zakat
Mashitah mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2011.
Pada 23 Jun pula, Tetuan Zainul Riijal Talha dan Amir, syarikat guaman yang mewakili Jamil dan dua individu itu meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi sesiapapun menyalahguna atau menyeleweng wang zakat.
Jamil pada 1 Januari lalu menafikan beliau bersama dua individu lain menyeleweng wang Zakat berjumlah RM63,650.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan