'Duduk Bantah' Melbourne desak Pengerusi SPR letak jawatan.
‘Duduk Bantah’ dengan peserta turun memakai pakaian berwarna kuning, sambil memegang pelbagai sepanduk yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan serta mengibarkan bendera Malaysia tercinta.
Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh ahli Senator Victoria, Colleen Hartland dari parti The Greens Australia.
Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan sokongan kepada pergerakan itu. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan dari Encik Hong Lim, Ahli Parlimen Clayton, Melbourne.
Seusai perhimpunan, peserta bersurai secara aman dengan bantuan pihak berkuasa mengawal baik keadaan lalu lintas.- harakahdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan