Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 25 November 2009

Habis manis sepah bersepah

Jika benarlah seperti yang dihebohkan menegenai insuran kereta lama...nyatalah ketidak patutan dan ketidak perihatinan kerajaan kepada golongan kurang berada. Sebelumnya kita dikejutkan dengan syarat mewajibkan kenderaan lama diperiksa di Puspakom sebelum membaharui cukai jalan. Perkara sebegini benar-benar menekan rakyat.
Adakah patut::

1.kini premium insurans kereta lama pula ditingkatkan secara mendadak.


2 Pemilik kereta lama yang berusia 15 -20 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan mengambil insurans pihak ketiga (third party)


3 Oleh kerana bertukar dari insuran pihak ketiga kepada insuran pihak pertama (first party), tiada sebarang diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount) seperti kelaziman bila kita memperbaharui insurans. Ini bermakna mereka perlu membayar premium yang lebih tinggi.


4 minimum harga yang perlu dinsuranskan ialah RM 10 ribu, biar pun kereta tersebut mungkin berharga RM 5 ribu sahaja di pasaran. Secara keseluruhan, kos untuk memperbaharui insurans kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas telah meningkat sehingga 200%.


Memandangkan kerajaan masih gagal melaksanakan pengangkutan awam yang cekap, maka kereta masih merupakan satu kemestian dan keperluan kepada setiap keluarga termasuk di kalangan mereka berpendapatan sederhana dan rendah. 


Sebarang dasar yang membabitkan industri permotoran harus mendahulukan rakyat berbanding konglomerat industri permotoran. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan