Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 20 Januari 2012

MB Kedah ingkar janji ' Buku jingga'

MB Kedah,Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.


Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.


 Mohd Syahid berkata tindakan Azizan itu "sedikit sebanyak" menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang dijanjikan dalam buku Jingga jika memerintah.


Malay Merdeka:Nyut..nyut..nyut..kepala rasanya mau pecah...Azizan tak boleh lawan cara pemerintahan Nik Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan