Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 21 Julai 2010

Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian: ZAHID KETERLALUAN!

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid (gambar kanan) sebelum ini memberi amaran kepada dua parti komponen BN yang berasaskan keahlian Cina untuk tidak berpuas hati sebagai "penumpang Barisan Nasional" semata-mata, malah membidas MCA dan Gerakan kerana bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN.  Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini.
"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."
Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.  Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina.  Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti.  Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.
"UMNO harus jelas bahawa keangkuhannya yang menjurus kepada keretakan di kalangan parti komponen, dan hegemoninya serta penyelewengan adalah punca utama yang mengakibatkan kehilangan sokongan rakyat"
Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya.
"Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti."
Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu.  Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.
*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan