Sabtu, 21 Januari 2012
Presiden MCA bidas kerajaan BN gagal tangani kes NFC
Kerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”, menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah “dinasihatkan dengan lemah” berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.
“Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut,” kata Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.
Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC “mempunyai masalah”,
“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.
Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..
“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.
Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan