Isnin, 7 Februari 2011
INI BETUL-BETUL TIPU
Penoreh Peroleh RM60,000 Sebulan Hasil Kebaikan Harga Getah
BESUT: Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
"Seorang penoreh yang mempunyai tiga hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.
Nawi berkata disebabkan peningkatan harga getah yang mendadak di pasaran itu, ramai penoreh tidak lagi menggunakan tenaga buruh asing untuk menoreh di kebun mereka sebaliknya mengusahakannya sendiri.
"Mereka juga bertindak menjaga kebun masing-masing daripada diceroboh oleh golongan untuk mencuri getah beku," katanya. - BERNAMA
NOTA: INI kenyataan adun sengal....yang dapat puloh-puloh ribu tu estet....
adun ni memang bengap kelentong rakyat tak habis-habis..budu..budu...mu makang budu cicak ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan