Tok Jib dan datin Mah dah selesai tunai haji kata tok jib melaui twiternya lapor bernama. Alhamdulillah..dapat juga tok jib mengerjakan rukun kelima.Maka Tok jib akan sentiasa mengenakan kopiah dan Tin rosmah akan kenakan tudung. maka tiadalah songkok tinggi berwarna hitam..atau akan bertukar warna menjadi unggu yang dinamakan songkok tarbus Kalau siti nurhaliza balik haji jambulnya tetap tersembul.
Maka bila nanti setiap backdrop yang ditulis pada setiap acara majlis akan ditulis 'dirasmikan oleh...Datok Seri Haji..."
Tak sangka lah pula Mufti Perlis Dr Juanda yang juga berada di Mekah terkejut Tok Jib dah selesai hajinya.
Berkatakan almufti tersebut .“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu. Sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
Wallahualam...semuga mabrurlah haji Tok Jib dan Tin Rosmah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan