Rabu, 18 Disember 2013
Indon bunuh remaja melayu di masjid ampang di hadap ke mahkamah
Satu laporan bernama dipetik:
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini Selasa atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lepas.
Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Disember lepas.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.
Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Disember lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Disember lepas di bawah Akta Imigresen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan