Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang jam 5-10 petang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Sultan Kelantan dikeluarkan dari HUSM dua hari selepas peguam baginda memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari hospital itu di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.
Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.
Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra - hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan
Pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.
Tengku Rozan (kiri dalam foto) berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.
Mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.
Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk 'merawat' sultan dengan "barang-barang yang diragui dari segi hukumnya" ditemui dekat baginda di Singapura.
Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra kekanda Sultan Kelantan mendakwa Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra menderita lebih sembilan tahun dengan diberikan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak tertentu.
Pemangku Raja yang merupakan putera sulong Sultan Kelantan “telah dibuat semacam robot walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak ”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan