Malay Merdeka: Tersentak ...macam tak percaya..bilamana pembaca berita tv3 buletin utama sebentar tadi memberitakan Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas aka Uncleseekers didapati positif dadah jenis morfin setelah menjalani ujian airkening pada jam 1.25 tghari tadi.Waktu solat jumaat tu!
Uncleseekers positif dadah? itulah yang bermain dibenak...Hah memang sah dia bakal masuk gaung yang dalam itu aku fikir. Tentang Uncleseekers ni aku malas nak komen..sebab dia seorang yang memang mulut tak ada insurans dan panas hati. Akan tetapi bagi mereka yang pernah kenal dengan dia..sebenarnya dia ok...cuma kena faham tabiatnya. Malahan jika pernah tahu akan hal dirinya sangat mustahil dan tak mungkin dia mengambil dadah....tapi entahlah tak tahu lah nak kata......... Perokok tegar itu memang dia.
Aku juga terfikir selintas lalu setiap kali polis menangkap perompak pasti akan diberitakan perompak itu pasti ada memiliki parang.Arwah adik Aminurrashid yang mati kena tembak polis dulupun dikatakan memiliki parang..siap dengan gambar parang ditemui dibonet kereta.
Aduhai malang nasib lu Syed Abdullah....agaknya inilah nasib seorang pemberontak siber...kebenaran atau kecelakaan. Namun aku pasti Syed Abdullah memang berisi! sebab tu dia berani langgar.
Tapi aku tak yakin Syed Abdullah keturunan Hang Jebat kerana Syed ni keturunan Arab. Hang Jebat takde keturunan rasanya cuma Syed ikut jejak Hang Jebat.
Syed Abdullah aka Uncleseekers aku percaya dia berani orangnya sebagaimana dia berhadapan dengan hantu dan menangkap hantu yang tak dapat ditangkap-tangkap. Rasanya dia cuma berjaya menangkap gambar hantu dan hantu lari melihat dia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan