Semakin ramai penyokong setia rejim Muammar Gaddafi meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.
Duta Libya di Amerika Syarikat (AS), Bangladesh, India dan Indonesia mendesak Gaddafi undur dengan sebahagian daripada mereka meletak jawatan dan menyatakan mereka kini berkhidmat untuk rakyat dan bukannya kerajaan Libya.
Ulama terkemuka Qatar, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana askar Libya yang berpeluang menembak mati Gaddafi hendaklah berbuat demikian ‘untuk membebaskan Libya’ daripada pemimpin veteran itu.
Kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi terus menerima tekanan untuk berundur apabila duta-duta Libya di luar negara menyokong pengunduran tersebut
Muammar Gaddafi berkata, beliau sanggup mati di bumi Libya dan menganggap sebagai syahid kerana mempertahankan negaranya daripada pemberontak yang kini telah menguasai wilayah timur.
Canselor Jerman, Angela Merkel menganggap ucapan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bahawa dia bertekad untuk terus berkuasa, sebagai yang sangat menakutkan kerana dia sanggup berperang dengan rakyat sendiri.
Merkel dalam sidang akhbarnya berkata, jika Gaddafi tidak menghentikan kekejaman tersebut, Jerman akan akan mengenakan sekatan ke atas Libya. - REUTERS
Sekurang-kurangnya 62 orang maut dalam pertempuran di ibu negara Libya, Tripoli dalam tempoh dua hari lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memetik sumber hospital, semalam.
"Ketika Pemerhati Hak Asasi Manusia tidak dapat mengesahkan laporan ini, sumber daripada dua hospital di Tripoli berkata, sekurang-kurangnya 62 mayat mangsa pertempuran itu dibawa ke rumah mayat masing-masing," kata kumpulan yang berpangkalan di New York itu dalam satu kenyataan. - Reuter
melayu berkata:
tiada mustahil revolusi rakyat asia barat bakal menular ke asia tenggara (malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan