
Selasa, 27 Mei 2014
skandal bank rakyat

Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
############nasib baik bukan haSSAN ALI....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan