Tsu Koon sokong hak Himpunan Sejuta Umat
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini untuk membincangkan isu khusus berkaitan murtad ketika ada pihak yang melahirkan kebimbangan dengan langkah itu.
Soi Lek: Batalkan Himpunan Sejuta Umat elak ketegangan agama
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.
“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua hari ini.
“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.
Menteri agama sokong Himpun petanda Umno disebalik perhimpunan itu
Jamil Khir menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan