Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Rabu, 3 Ogos 2011
SPR tipu lagi
Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Nama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baruundang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan.
Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan.
Sementara itu, dua lagi pengundi dikesan iaitu Basri Buru Alimin (Mykad: 250622715425) dan Soessje Scwanne Jetty Silvana (Mykad: 380424715016) yang didaftar dalam laman pengesahan SPR sebagai pengundi berdaftar di Hulu Langat, tetapi tidak ada rekod dalam laman web JPN.
JPN menyatakan ‘tiada permohonan/nombor dimasukkan tidak sah’ apabila dua nombor itu dimasukkan ke dalam laman berkenaan. Ia menimbulkan persoalan samada dua individu itu adalah warganegara Malaysia.
Manakala seorang lagi pengundi bernama Mohd Fahmi bin Che Yusoff memiliki dua no kad pengenalan yang hampir sama tetapi cuma berbeza pada digit terakhir iaitu 850915105005 dan 8509155006.
‘Kedua-dua’ pengundi itu memiliki nama yang sama dari daerah mengundi Sungai Ramal, dan mendaftar mengundi di kawasan yang sama iaitu di Dun Bangi dan Parlimen Serdang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan