KIBARKAN JALUR GEMILANG... Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menggantungkan Jalur Gemilang di Wisma TV Angkasapuri di Kuala Lumpur, Isnin sebelum kempen Kibarkan Jalur Gemilang dirasmikan demi membakar semangat mencintai dan menghargai kemerdekaan negara kepada rakyat lebih awal. Kempen kibar Jalur Gemilang akan dilancarkan Perdana Menteri pada 27 Julai ini di KL Sentral. - Foto BERNAMA
Menteri Umno terutama yang memegang portfolio kementerian penerangan dilihat tidak ada pembaharuan selain pelik lagi menjengkelkan.
Jika dulu menteri yang agak lama menerajui kementerian penerangan Allahyarham Tan Sri Mohamad Rahmat sebagai seorang yang membazir dan suka membuli artis dengan peraturan senyap seperti 'gam' artis dan 'gam' lagu. Beliau juga suka berperangai membuat sesuatu yang besar-besar seperti bendera besar serta ternyata kuat membodeknya.
Kemudian Menteri Penerangan yang agak bodoh lagi memualkan Zainudin Maidin yang sama perangai kuat membodek dan sindrom penafian dalam segala hal. Selain membuat peraturan menghalang kebebasan media.
Kini tiada bezanya dengan Menteri tua yang diragui kejujurannya Tuk Rais Yatim yang suka sangat berbangga dengan 'adat minangnya' (orang minangkabau). Beliau selain berperang dengan penulis blog dan anti kepada
media alternatif. Bodeknya tak juga kurang kuatnya..
Inilah menteri-menteri umno yang memegang kementerian penerangan. Siaran TV RTM dahlah memboringkan malah ketinggalan zaman serta tidak berkualiti. Bodek punya hal nombor satu. melatah sesuatu isu dan mempengaruhi masyarakat luar bandar dengan laporan berita bohong sertta propaganda kerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan