Rabu, 6 Julai 2011
Kecurangan SPR semakin nyata,10.000 pengundi hantu ditemui di Selangor
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya mengesan ratusan malah ribuan kes individu berlainan kaum berkongsi satu alamat untuk didaftarkan sebagai pengundi.
“Di satu rumah orang Melayu Islam, ada senarai 10 nama orang Cina yang didaftarkan di rumah atau kawasan tersebut. Bila kita pergi semak melalui petugas-petugas kita, tuan rumah itu sendiripun tidak mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di alamat rumah atau kawasan tersebut.” kata beliau.
“Kita baru mengesan hampir 10,000 nama- nama yang boleh mengundi dua kali khususnya di negeri Selangor ni,” tambah beliau.
Menurut Mohd Sany, jumlah pengundi bertindih menempelak dakwaan- dakwaan SPR kononnya tidak ada pengundi hantu atau pun kes pengundi mengundi dua kali kerana kelemahan-kelemahan daftar pengundi.
Menurut Sany pendedahan pihaknya memperlihatkan keperluan SPR memperkenalkan dakwat kekal bagi memastikan tidak ada pihak yang mengundi dua kali pada pilihanraya umum akan datang.
Sementara itu wakil Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zainal Said mendakwa SPR Selangor mendaftarkan anggota Palapes sebagai pengundi pos.
Pelapes adalah pasukan pegawai latihan simpanan institusi pengajian tinggi awam.
“Jadi kita mahu satu jawapan yang munasabah daripada SPR negeri Selangor bagaimakah Palapes ini boleh diterima pada awalnya sebagai orang yang layak menjadi pengundi selaku pengundi pos.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan