Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 2 Februari 2011

SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DIMESIR


Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin. - Foto AP
Keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.
Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.
Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.
"Dua bahagian ini iaitu Kaherah dan Iskandariah cukup berbahaya, kumpulan pelajar yang berada di sana berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi mstar Online di sini, Selasa.
Nik Nur Fariha kini berada di Aldgate, London. Beliau meninggalkan Mesir bersama beberapa rakannya pada Jumaat lalu iaitu selepas tiga hari berlakunya rusuhan bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Maklumat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi PCM, Ahmad Azizi Md Jusoh yang kini masih berada di Mansurah, Mesir.
Selain itu, Nik Nur Fariha yang menjadi perantara saluran maklumat antara pelajar perubatan di Mansurah dan wakil persatuan mereka di Malaysia mengenai perkembangan terkini di mesir berkata, situasi di bandar Mansurah agak terkawal berbanding di kawasan lain.
Bagaimanapun katanya, keadaan berkenaan dikhuatiri akan berubah dalam masa terdekat berikutan perkembangan terkini iaitu kumpulan penunjuk perasaan mula memasuki kawasan bandar Mansurah.
"Tapi buat masa ini kawasan blok kediaman pelajar Malaysia sains perubatan di Tir'ah masih selamat.
"Tiada anggota polis, sebaliknya tugas mengawal keselamatan diambil alih oleh pihak tentera. Manakala pada waktu malam masyarakat arab tempatan turut mengadakan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan," katanya.
Terdapat 755 pelajar Malaysia belajar di Universiti Mansurah dengan 298 daripadanya ialah lelaki manakala 457 adalah wanita.
Tambahnya lagi, pelajar Malaysia di Mansurah kini sudah bersiap-sedia menunggu arahan daripada pihak Keduataan Besar Malaysia, Kaherah untuk dipindahkan.
"Walaupun tiada sebarang arahan diterima, tapi kumpulan pelajar di sana sudah bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
Jelas beliau, kumpulan pelajar Malaysia di Mansurah bagaimanapun tidak menghadapi masalah bekalan makanan.
"Bekalan makanan masih boleh dibeli, tapi sejak berlakunya rusuhan, harga barang makin naik dan lebih mahal," katanya.
Sejak Selasa minggu lalu, beberapa demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansurah.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan[ms]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan