Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 6 Januari 2011

KSN: TAK PERLU PERKENAN SULTAN HANYA SEMBAH TAKZIM

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang di bawah perlembagaan negeri, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan sembah takzim.


Di samping itu, tambahnya, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat.


Dalam satu kenyataan 10 perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata:mohamad sidek hassan chief secretary of government
Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh 'appropiate Service Commission' atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. [mk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan