Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 25 Mei 2012

Mahkamah Rayuan tetap putuskan Utusan kena bayar Khalid Samad

Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.
Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Utusan mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh melawan Ranjit Kaur S.Gean Singh.
Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.
Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.
Pada 30 September tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.
Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009. - BERNAMA
Malay Merdeka: Utusan akhbar melayu lidah syaitan...perosak pemikiran....penyebar fitnah.....selepas ni boleh saman Zulklifli Nordin..dia ingat dia peguam dah besar kepala...sokongan padu untuk Khalid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan