Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 21 Mei 2012

Zahid Hamidi: Umno semakin kehilangan ahli dan disabotaj

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengikut kajian yang dilakukannya, sebanyak 47 kawasan Parlimen di seluruh negara disabotaj anggota parti sendiri pada pilihan raya umum 2008 menyebabkan masalah kehilangan sokongan terhadap parti itu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiMasalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Pihak ibu pejabat (Umno) telah meminta tiga nama bagi tiap-tiap kawasan DUN dan Parlimen dan tidak mustahil dua daripada tiga nama itu akan marah kerana tidak dapat menjadi calon, ditambah pula mungkin ada calon-calon yang datang daripada senarai yang tidak dikemukakan oleh bahagian tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Terendak di Melaka.- dipetik dari sumber berita Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan