'Mengapa saya saja digelar katak?' | |||
|
Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.
."Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya.
"Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada)..
Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981. "saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain... ITM universiti, ITM universiti...
" peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir.
"Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip... Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya...," katanya.
Melayu:
Woi....Dia dah mengaku jadi katak....
dia bangga dengan ITM nya...
kalau tak kerana brahim pun ITM akan naik taraf univertsiti jugak...
katak dah panas hujan tak turun lagi...
tempurung dah pecah kena hempap sidebab
orang melayu tak kenang jasa dia...
mana mau pigi?
katak sedang mencari tukun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan