KUALA BESUT: Memang jarang kita dengar sebuah rumah didiami lebih 20 orang dari keluarga datuk, anak menantu dan cucu. Tetapi situasi orang tinggal berhimpit, sesak dan rumah bawah tanah adalah biasa bagi penduduk di Pulau Perhentian, Besut.
Bagi penduduk asal yang mendiami pulau peranginan itu, rumah papan yang majoritinya seluas 6 x 6 meter terpaksa mereka kongsi dengan beberapa ahli keluarga kerana tidak memiliki tanah untuk dijadikan tapak penempatan penduduk yang semakin berkembang.
"Saya menggali tanah sedalam 2.2 meter selama sebulan bersama anak lelaki untuk membina ruang kediaman mereka kerana jumlah keluarga saya sudah menjadi begitu ramai termasuk empat cucu," katanya yang turut mendapat sumbangan bahan binaan daripada penduduk termasuk, jiran berbangsa Cina.
Mohd Yusof berkata, seramai 16 orang duduk dalam rumahnya, termasuk tiga menantu berikutan peningkatan jumlah penduduk tetapi tidak dapat diikuti dengan tambahan perumahan.
RUMAH penduduk dibina di kawasan berbukit kerana tiada tempat sesuai untuk bina kediaman.
|
Seperti penduduk lain di pulau itu, katanya, dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang mengenai masa depan generasi akan datang yang semakin bertambah tetapi tiada ruang untuk perumahan baru.
"Jika kerajaan tidak datang membina perumahan bertingkat di kawasan ini segera, kami jangka sudah pasti ramai di kalangan penduduk pulau ini nanti terpaksa tidur di kawasan pantai kerana rumah yang ada tidak mampu menampung jumlah keluarga yang ramai," tambahnya.
Mohamad Musa, 60, turut menghadapi masalah yang sama kerana mempunyai bilangan keluarga seramai 20 orang termasuk termasuk enam cucu.
Seorang daripada anak saya terpaksa menyewa chalet, tetapi keadaan masih tidak selesa, justeru dia juga bercadang membina ruang bawah tanah untuk menampung jumlah keluarga yang ramai.
Mohamad yang menjalankan perniagaan kedai makan berkata, dia ada membuat permohonan untuk mendapat satu tapak rumah tahun lalu bagi membina rumah baru tetapi tidak mendapat kelulusan.
Sehubungan itu, katanya, jalan paling elok untuk menyelesaikan masalah perumahan di kawasan pulau itu ialah dengan membina kawasan perumahan bertingkat dengan turut mengambil kira keperluan penduduk pada masa depan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zulkipli Ismail, berkata seramai 1,328 penduduk kini mendiami 250 rumah.
"Saya sudah membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah Besut untuk mendapatkan tanah seluas dua hektar untuk dijadikan penempatan baru penduduk permintaan itu tidak disokong Jabatan Alam Sekitar," katanya.
Katanya, keperluan untuk penempatan baru di pulau itu sangat mendesak, justeru jika permohonan tanah itu diluluskan ia akan dapat mengurangkan kesesakan dan ketidakselesaan di sebahagian besar rumah penduduk yang didiami antara 15 hingga 20 orang dalam seunit rumah. - berita harian
Melayu:
Pulau perhentian ni kat negeri mana...
Aceh ke?.....
kesian.....kesian..kesian.....
ini bukan prijek bulan madu kedua kan?
kes ni mesti dah lama...tapi buat deg aje....
sampai beranak cucu....
sampai gali tanah buat rumah.....
jangan gali kubur sendiri sudahlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan