Kalut! Perak terus kalut!...
serabut! Perak berserabut!...
sampai bila ia akan berlarut
karut memang karut
Kuasa yag mereka tuntut
tak patut memang tak patut
halal jadi haram macam kentut
haram jadi halal macam buntut
hidung dicucuk jadi lembu menurut.
ikut pak turut mengikut...
pengecut memang pengecut
otak letak dilutut...
KUALA LUMPUR - (Sinar harian) Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dicekik anggota polis ketika hendak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam. -Hishamudin Hussein
Beliau turut mengingatkan polis tidak melakukan perkara "yang melebihi undang-undang" dalam menjalankan tugas dan beliau tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.
Sementara itu, ADUN Pantai Remis (DAP) Nga Kor Ming berkata beliau akan membuat aduan polis kerana dikasari oleh seorang pegawai polis semasa hendak masuk ke dewan.
IPOH, 28 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang selama sehari Rabu meluluskan Bajet 2010 yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional Negeri walaupun berdepan tindakan provokasi dan kekecohan daripada kesemua 28 anggota pembangkang yang mengadakan "sidang" sendiri pada waktu rehat.
ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming dan ADUN Tronoh V. Sivakumar, kedua-duanya daripada DAP, pula mengadu kepada media dengan mendakwa mereka dikasari pihak polis dan Sivakumar mendakwa jubah dan songkok Speaker yang dipakainya dirampas oleh polis.
Melayu:
Ini kerja pemimpin melayu..orang melayu bodohkan melayu
melayu kena tipu...
melayu..melayu...malayalam!
sebab ada orng melayu tak ori...
sila baca puisi Usman Awang
melayu berasal dari mana....
ada yang kaki auta...bodek..bingai....tibai..
pendek kata macam-macam ada..
itulah melayu...
tenggelam dalam lubuk sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan