Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 13 Oktober 2009

Toyol

Seorang kerani yang buntu dengan misteri kehilangan wang di rumahnya sejak tiga tahun lalu kini mendapat semangat baru apabila ramai pihak tampil memberi nasihat kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Rashidah Shaari berkata, kehilangan duit yang sering berlaku di rumahnya di Taman Sri Putra,Kedah.
Menurutnya, duit yang disimpan di rumahnya sering hilang dan dipercayai dicuri oleh 'toyol' dan kejadian misteri itu berterusan menghantui keluarganya sejak 2006 sehingga hari ini.
Rashidah juga tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana takut dianggap mereka-reka cerita kerana tiada kesan pecah rumah di rumahnya setiap kali duitnya hilang.-Utusan Malaysia

Nota:
Ini cerita ori pasal toyol....
Jangan ketawa....kerana ini adalah budaya melayu....
pernah dengar cerita..cina..india hilang duit dicuri toyol?...
Toyol tak berani curi duit kat Genting...
toyol tak berani curi duit kat bank...
melayu suka bela toyol...
melayu suka sedut harta karun....
melayu suka sedut duit karun...
melayu..melayu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan