Selasa, 13 Oktober 2009
Warga malaysia yang hilang akal
LONDON - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak.
Satu klausa undang-undang memberikan penduduk Pulau Pinang dan Melaka status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Etnik Cina di dua negeri itu yang juga sebahagian tanah jajahan Britain di Tanah Melayu atau Malaya, yang sentiasa berhati-hati terhadap diskriminasi di bawah sebuah negara yang didominasi masyarakat Melayu Islam, diberi jaminan mereka boleh mengambil jalan keluar dengan menetap di Britain.
Aktivis imigrasi berkata, ratusan rakyat Malaysia memohon hak kerakyatan Britain, kebanyakannya diberi hak tersebut selepas menetap di Britain lebih lima tahun dalam tahun 1980-an dan 1990-an.
Undang-undang imigresen telah diperketat pada 2002, menyaksikan tamatnya polisi membenarkan rakyat Malaysia dengan status BOC untuk mendaftar sebagai warga Britain.
Namun, keliru dengan perubahan tersebut, ditambah dengan sikap tidak jujur peguam yang mencari keuntungan semata-mata, membuatkan ramai rakyat Malaysia terus membuat permohonan.
Apa yang membuatkan situasi bertambah buruk, kerajaan Britain masih menganggap kami rakyat Malaysia, sedangkan Malaysia menyatakan kami bukan lagi rakyatnya. Ini tidak masuk akal.-AFP

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan