Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 22 Oktober 2009

Ibrahim Ali tenat

Datuk Paduka Ibrahim Ali disarankan supaya menubuhkan parti sendiri.  Beliau yang menyimpan perasaan berahi pada umno dikhuatiri akan mengalami kemurungan  dan gundah gulana apabila kalangan Umno sendiri serba-salah untuk menerimanya kembali.  Ibrahim Ali dikatakan tiada berpendirian jelas  dalam menganggotai  parti politik.  Beliau  gemar  menukar baju politiknya. Walaupun pada dasarnya  Ibarahim Ali  tiada mengangotai mana-mana parti namun sokongan yang diperolehi pada PRK yang lalu adalah dari PAS.

Ibarat melepas anjing tersepit PAS sudah berpatah arang terhadap  Ibrahim Ali.  Ibarahim Ali memerlukan talian hayat untuk karier politiknya.  Keceluparannya mengutuk dan mencabar TG Nik Aziz  dianggap menderhaka. Dr. Mahathir yang merupakan idola Ibrahim Ali pun meminta beliau mencermin dan menilai diri pada satu kenyatan. Menurut Dr. Mahathir Ibarhim Ali   berpolitik  cara istimewa ?
Ibrahim Ali sudah tiada tempat mengadu. Hanya bermodalkan sebagai Ahli Parlimen  beliau boleh menjaja dirinya yang tidak laku. Berat!  Kemanakah hala tujunya. Orang Pasir Mas sendiri dikhabarkan terluka dengan sikap beliau.
Ibrahim Ali sudah tiada power, sudah weak...yang tinggal hanya power rangers! beliau tidak mempu memanggil hujan. Hujan tidak mahu menyirami Ibrahim lagi.
Letihlah nampaknya Ibrahim Ali. PKR pun tak nak berkawan, DAP apatah lagi. PPP barangkali .... Makhal Sakhti boleh juga...GERAK..bukan parti politik...PERKASA? dah memang jadi presiden..habistu mana nak pergi...
Satu  saranan bagi membantu Ibrahim Ali terus berkarier dan berpolitik  dan menghadapi PRK akan datang ialah dengan menubuhkan sebuah parti politi baru. Adalah dicadangkan parti tersebut diberi nama PERKASAM  mengambil nama sempena pertubuhan NGO yang diterajuinya
agar mudah popular dan mudah di ingat dan disebut dikalangan orang Melayu. PERKASAM juga memberi pelbagai makna dan tafsiran seperti (Pertubuhan Katak Satu Malaysia) .

Nota:
Parti ini juga nescaya akan mendapat sambutan gila-gila dari rakyat jelata. Mereka yang suka makan asam, buat asam, kurang asam, banyak asam boleh menyertai nya. Ahli-ahli politik  bebas dan tak bebas mungkin berminat menyertainya seperti Ossman Jailu, Jamaludin Radzi, Mat Ezam  dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan