Selasa, 6 Oktober 2009
Jabatan Meteorologi Nafi Keluar SMS Taufan Parma
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Selasa menafikan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar luas menyatakan satu ribut kuat akan melanda Malaysia malam ini, ekoran ramalan cuaca mengenai Taufan Parma akan melanda Filipina lewat malam Selasa.
Pegawai bertugas Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Bernama berkata SMS itu, yang mendakwa taufan berkelajuan 222km/j akan melanda adalah satu khabar angin dan menasihati orang ramai supaya tidak panik.
SMS itu turut meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berada di jalanan malam ini.Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran kategori pertama mengenai angin kuat dan laut bergelora dengan angin barat daya berkelajuan 40-50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Phuket dan Samui di Thailand, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sabah akan berterusan sehingga Jumaat.
-- BERNAMA

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan